Ahad, 5 Julai 2015

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Apa itu pengangkutan awam?

pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (lrt), ktm komuter, kl monorail, express rail link (klia express, klia transit)

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Pertama:
meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;

Kedua 
meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;

Ketiga, 
memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.

Keempat,
menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

1.    menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.
i)    meningkatkan kapasiti ktm komuter dan lrt sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)
Ii)    penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran kelana jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.
Iii)    pembinaan terminal pengangkutan bersepadu bandar tasik selatan
iv)    laluan bas merentasi 12 koridor utama di lembah klang akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012
v)    naik taraf 634 perhentian bas di sepang, shah alam, subang jaya, klang, selayang, ampang jaya dan kajang.
Vi)    850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.  


2.    merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam
i    memperkenalkan konsep 1tiket 1perjalanan
iii    menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012   
iv    mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
V    menyediakan sistem it bersepadu secara menyeluruh
vi.    Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (pbt), lembaga pelesenan kenderaan perdagangan (lpkp), jpj dan pdrm.


3    menghalang kenderaan berat dari memasuki kawasan perniagaan  pusat.
i    tiga terminal pengangkutan bersepadu (itt) utama di luar  bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan itt bandar tasik selatan.
Ii    di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu terminal antara bandar dan hentian akhir bandar (hab). Terminal antara bandar di pasarama kota, hentian putra dan pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

4.    penyusunan semula suruhanjaya pengangkutan awam darat  (spad)
i    memastikan pengangkutan awam darat (spad) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.
Ii    13 kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.

5.    menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)
i    apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat,  inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.


NKPI bagi NKRA Pengangkutan Awam:

Kategori
Hasil pada 2010-2011
Bas
200 bas baru
4 koridor baru bagi bus expressway transit
800 perhentian bas yang dinaiktarafkan
Rel
26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya
Integrasi
Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar Tasik Selatan
Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai
4,000 petak letak kereta baru di stesen rel
Rangkaian
Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang tidak membayar samannya
Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada waktu puncak
Rapid KL
Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi mengurangkan pemindahan penumpang dan menjimatkan masa
Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL bernilai RM150 bagi membenarkan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan Prasarana iaitu bas RapidKL, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel
KTM Komuter
Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada 20 minit kepada 15 minit, di laluan bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke Kajang dan Kuala Lumpur ke Shah Alam
Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja


maklumat daripada

Isnin, 27 April 2015

Pengangkutan di Malaysia



Lebuh Raya Utara-Selatan 966km, melalui tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, ialah lebuhraya terpanjang di Malaysia.


Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya. Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai dari Singapura. Rangkaian jalan di Semenanjung Malaysia adalah berkualiti, sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara pengangkutan utama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan kepada suatu tahap, kapal terbang.
Malaysia mempunyai enam buah lapangan terbang antarabangsa. Penerbangan rasmi Malaysia ialah Penerbangan Malaysia, menyediakan perkhidmatan antarabangsa dan dalam negeri bersama dua penerbangan lain. Kebanyakan bandar raya besar disambungkan dengan laluan udara. Sistem kereta api diurus oleh syarikat tempatan, dan merangkumi sejumlah 1798 km, di Semenanjung Malaysia sahaja. Yang popular di dalam bandar raya ialah Transit Aliran Ringan, yang mengurangkan beban lalu lintas di sistem lain, dan dianggap selamat, selesa dan boleh dipercayai.

Ahad, 19 April 2015

8 Hak Pengguna

Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:


1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.